Monday, June 6, 2011

letih dan sedih

assalamualaikum.

iye benar. sebagai umat islam kita jangan cepat mengalah dengan ujian. jangan cepat rasa letih dan "down".
ini dunia internet. dunia tanpa sempadan. pasang internet filter pun belum tentu masih selamat, masih secure.

orang bukan islam akan sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan orang islam , melalaikan orang islam. banyak sangat perkara "lagha". memang banyak. tipu la kalau aku kata aku tak pernah terlibat dalam benda-benda yang tak berapa nak berfaedah.

isu kali ini yang menyentap sanubari aku kejap, adalah isu facebook. isu gaduh2 manja kat facebook. bukan gaduh2 manja dengan encik pakwe dan cik awek... BUKAN! kalau isu tu, memang la tersangat loya, nokkk!!

ok. tipu juga la kalau aku kata aku tak pernah sindir orang kat facebook. tapi akibat disedarkan dengan amanat nasihat daripada encik ayah tercinta, aku dah pun delete status sindir-sindir tu. rasa malu pun ada. sebab status sindir ni macam kita tuju kesalahan 100% pada orang lain. macam kita diri kita ni tak ada salah. ya allah, aku malu. maafkan aku juga wahai hamba-hamba allah yang pernah aku sakiti.

recently, kawan-kawan yang pernah makan, tidur, jalan-jalan sama for almost 3 years, bertegang urat. pasal apa? pasal tak puas hati yang dipendam lama sangat-sangat. double meaning yang digunakan juga ayat tergantung menjadi tema balas membalas comment di facebook.

allahuakbar...mmmm aku bukan sempurna.. aku juga banyak khilaf dengan kalian bertiga. jangan kerana "sesuatu" yang tak pernah terluah menjadi sebab terputus nya ukhwah ini. kita pernah susah senang bersama. banyak susah kita dah kongsi bersama. jangan salah kan orang lain. lihat diri sendiri dulu. manakala kepada "encik batu api", sesungguhnya jangan lah kamu suka dengan perbalahan ini. saya doakan kamu dilindungi allah.

aku pun salah. maafkan aku. fine, masing2 dah ada hidup sendiri. aku doakan kebahagiaan kalian semua. andai kata kita hidup berjauhan ini lebih baik, untuk menghindarkan perbalahan, itu lebih baik.

p/s kadang kala lebih baik tahu daripada tidak tahu.