Thursday, August 25, 2011

supernova pavlova

assalamualaikum.

ehem.

kenapa pula supernova pavlova? aha. saja nak gediks. haha! aku ter sangat excited nak update blog kali ini seperti excited nya aku memasak kek pavlova petang tadi. haha! time-time cuti ni, memang ah aku jadi nocturnal. soooo tak normal sebab, malam tak tidur. then lepas subuh baru "membongkang". haha!

sangat bahagia menternak lemakss. ehem.

apa kait cerita tak tidur dengan pavlova? okeh. oleh kerna aku ni blogger tak paymes, maka nya aku suka jadi follower. asal jumpa blog yang ada content best, aku follow. soo kemaruks. haha!

maka nya, aku pun tergoda dengan kek pavlova setelah di upload kan oleh blogger ini. tengok! perghhh macam sedap gila, kan? masa tu aku malas nak layan resepi ni. sebab bahse omputih. idok le teman ghajen nak menyalin. haha!

pehtu tah macam mana jumpa pula resepi daripada blogger ini pula. maka nya sangat la suka! sebab, dia explain detail gila. serius weh. best! tapi first blogger yang aku link kan di perenggan atas pun banyak share resepi. aku pernah try beberapa resepi dari beliau. pun sedap!

aku memang sakan!

so sekitar jam 3 petang, aku mula kan operasi beli bahan kek pavlova. peh! habis rm 70. mana tak nya, harga buahan hiasan mahal.

strawberry : rm 8
blueberry : rm 13
mangga sebijik : rm 1.30

topping ; whipping cream harga nya rm 19

eh. tak cukup pun rm 70. ouh maafkan saya. aku terkira harga untuk bahan kek red velvet. hoho!

pung pang pung pang. kul 4.30 baru start. syok weh ada adik yang suka buat kek. adik ku ili farhana memang suka buat kek. jadi bab pukul-memukul bahan, kisar-mengisar, dia buat. aku yang sukat bancuhan. he.

maka nya pukul 5.10 baru la kek masuk oven. peh risau gak. sebab tak pernah try. di tambah pulak baru-baru ni, cheese kek aku failed! sekali suap je, semua orang reject. T_T


kek ketika berusia 30 minit. kembang cun jex.



aku pun bakar la mengikut arahan. satu jam! lepas sejam, aku keluar g bazar. balik2 je. tengok kek ni kempis. woi kek! kaw makan herbalife ke ape? haha!

takpe, steady. aku buka puasa macam biasa. habis je buka, dengan lincah aku mintak tolong puan ummi potong kan mangga comel-comel. aku hias kan kek lebih kurang, then ngap! semua kata sedap kecuali along aku. huh! tekak tak western sungguh. haha!

pavlova yang dihias tinggal separuh.


see.. nampak tak kek ni kempis. perh! kempis-kempis  pun  sedap u olls! haha! kan best kalau aku cam kek! masuk oven kembang, bila sejuk kempis serta merta. tak payah merengek-rengek kat encik ayah dan puan ummi minta seponser herbalife. ( sampai skang tak kesampaian) haha!

ok lah. nak turun bawah, nak g ngap pavlova. kepada yang rajin, cuba ah resepi ni. rasa dia macam marshmallow sikit. makan dengan buahan lagi sedap kek ni. masam+ manis. kalau tak mau buat buat sendiri, boleh la tempah kat aku. haha! memang tak masal!

bye!

p/s nak try red velvet plak.




   

Saturday, August 13, 2011

ramadhan 2011

assalamualaikum.

holla mista blog!

sesungguhnya sudah lama hamba tidak menari-narikan jejari yang tak runcing di keyboard untuk menaip sebuah entri. sedar tidak sedar sudah 13 hari semua umat islam menjalani ibadah puasa. alhamdulillah, tahun 2011 aku diberi hadiah oleh Allah untuk berpuasa bersama keluarga selama sebulan. selalunya half ramadhan kat tempat belajar. half baru dekat rumah. alhamdulillah.


oleh kerana terpengaruh dengan kemajuan puan ummi yang berjaya meng google resepi di internet, aku pun turut syiokkkkkk google resepi. haha!


copy resepi sangat beria. tapi baru try satu. aku baru start gear mengukus puding karamel. ini didorong setelah melihat kekerapan adik bongsu ku membeli puding karamel setiap kali singgah di bazaar ramadhan. bila sudah dapat resepi puding karamel daripada, sini aku memulakan projek tersebut.


jyeahhhhh!! hoyeahhhh!! alhamdulillah jadi. family aku kata sedap. tapi agak manis. hmmm nama pun dessert.... tapi tak mengapa, nanti aku try kurangkan kemanisan nya. maka aku pun hantar seloyang puding karamel untuk iftar di kuarters kami. selesai iftar dan terawikh, bila along bawa balik loyang, licin sudah puding itu.. hehe!


along dengan nada mengusik berkata, "jatuh biji mata aku dalam loyang bila tengok dah kosong loyang ne."



hari ini pulak, aku masak udang goreng berempah. yang penting licin gak mangkuk. kembang setaman hidung aku. tapi, puan ummi pulak mengusik, "buat sikit, memang la habis"
woahhh!! adik bongsu aku siap request, sahur nak lauk tu lagi. hahaa!




kami adik beradik tengah sakan buat kuih raya. haha!
ok la, tu je kot. bye!