Saturday, August 13, 2011

ramadhan 2011

assalamualaikum.

holla mista blog!

sesungguhnya sudah lama hamba tidak menari-narikan jejari yang tak runcing di keyboard untuk menaip sebuah entri. sedar tidak sedar sudah 13 hari semua umat islam menjalani ibadah puasa. alhamdulillah, tahun 2011 aku diberi hadiah oleh Allah untuk berpuasa bersama keluarga selama sebulan. selalunya half ramadhan kat tempat belajar. half baru dekat rumah. alhamdulillah.


oleh kerana terpengaruh dengan kemajuan puan ummi yang berjaya meng google resepi di internet, aku pun turut syiokkkkkk google resepi. haha!


copy resepi sangat beria. tapi baru try satu. aku baru start gear mengukus puding karamel. ini didorong setelah melihat kekerapan adik bongsu ku membeli puding karamel setiap kali singgah di bazaar ramadhan. bila sudah dapat resepi puding karamel daripada, sini aku memulakan projek tersebut.


jyeahhhhh!! hoyeahhhh!! alhamdulillah jadi. family aku kata sedap. tapi agak manis. hmmm nama pun dessert.... tapi tak mengapa, nanti aku try kurangkan kemanisan nya. maka aku pun hantar seloyang puding karamel untuk iftar di kuarters kami. selesai iftar dan terawikh, bila along bawa balik loyang, licin sudah puding itu.. hehe!


along dengan nada mengusik berkata, "jatuh biji mata aku dalam loyang bila tengok dah kosong loyang ne."



hari ini pulak, aku masak udang goreng berempah. yang penting licin gak mangkuk. kembang setaman hidung aku. tapi, puan ummi pulak mengusik, "buat sikit, memang la habis"
woahhh!! adik bongsu aku siap request, sahur nak lauk tu lagi. hahaa!




kami adik beradik tengah sakan buat kuih raya. haha!
ok la, tu je kot. bye!


2 comments:

Ain Atika Zailani said...

wahhh sedap ke? bagi lah kite rasa...hew hew!!

ilham yana said...

@ain atika mesti la sedap. meh dtg try. :P