Friday, August 10, 2012

Burger Bakar

Assalamualaikum..

Hola Mista blog.. hokayyy bersawang seh blog aku. Maafkan saya Mista blog..
ahh kaw tak taw ke mista blog.. mcm2 dh jadi dekat aku throughout this year.
pahit manis maung semua ada ah...
duhai hati..tolong lah kuat semangat..!!

ok entry kali ini nak cerita pasal burger bakar kaw kaw... ala yang peymes kat wangsa maju tu.. sokmo dapat liputan tv.. even jalan-jalan cari makan pung recommend.

aku memang dah lama mengidam nak try.. selalu plan nak pergi, tp selalu cancel.. so tadi, pas merendek ngan rumate kat wangsa walk, aku ajak ah cik zati try. dye pun orait je.

sampai sana nasib baik tak ramai. fikir punye fikir aku try ah burger daging yang dibakar buh beef bacon katenye.. tambah cheese lagi.. cik zati order burger ayam.. we oll take out jex. suprisingly...with the new system, aku tunggu tak sampai 10 minit. muntot pun tak panas lg kat seat, order dah siap.

number order kami 102. masa tgh tunggu, ada kamera tv3 tengah shoot kedai tuh. tak taw la kan program ape..  lepas dapat burger, ape lagi, pecut motor balik hostel.

siap2 mandi aku snap ah pic. excited nehhh....! duk kat meja study, pasang laptop, on drama dejavu di kinabalu episod 17. so the ketinggalan.... peh bile dah ngap...ada ah rase frust sket. lidah aku pelik kot...
tak mengancam sangat la... tak taw asal\.. maybe am expecting too high on this burger. sebab ramai sgt puji burger ni.

maka betul ah pepatsh indah khabar daripada rupa.... tp burger ayam not bad...

layankan la ea pic yang tak seberapa daripada henpon ku yang tak canggih2 lagi ni. mengharapkan rezki dari langit ilahi. Dia belum izinkan. ada la tu hikmah nya.



: burger bakar tak kaw :

: menambah lemak yang sedia ada :

tak kisah la kalau tak power.. janji dah try. ok la... alhamdulillah dengan rezki yang Allah bagi. esok nak g jalan TAR pulak... tah macam mana sosak la agak nya.. layannnn.... nak licin kan duti gaji yang tak seberapa tu.. hihi

p/s marilah meningkat kan amalan di malam2 terakhir ramadhan.

Saturday, November 12, 2011

Melaka-Muar-Johor Bahru

assalamualaikum.

haha. aku dah mula gedik nak update entry. main update entry je la wehhh. walaupon follower nan hado. demi kepuasan sendiri. aku nak update jugak! lagipun hiburan terbaru sementara ada cerita nak kecoh. sesungguh nya aku rindu facebook aku. tapi, apakan daya. aku dah berjanji dengan diri sendiri. :)

jumaat lepas aku jadi driver encik ayah g melaka sebab beliau ada dinner. hari sabtu kami gerak balik ke JB.

: lepak kejap :



: test cermin :



: girang berlebihan :
: encik ayah layan anak2 nya:
: ready 4 dinner :
: me n my sis dinner:

: morning, melaka :






: breakfast org muo :

: kembar tak? :




: already @ jb :
: awekzzz :
chenta hati aku

*sempat jumpa cik orchid kat muo. orang kuat kenduri. *
*hi-tea kt the zon tak berapa menawan tekak*
*jumpa sheikh muszhapar kat angsana*

ok siyes aku penat. esok nak kena balik kl. mula kan balik hidup as student. k bye

Thursday, November 10, 2011

kelamaan

assalamualaikum.

lama kot aku tak upadate. coz tak ada cerita. aku balik jumaat lepas which is 4th november. peh punya la ramai manusia.. dulu time raya puasa aku tak menjadi perantau coz cuti lama. sampai rumah dah bz tolong puan ummi. walau pon tak la tolong mana sangat kan. haha!

raya kedua balik gemencheh. ala doket-doket tampin tuh haaa... balik je dari nogori, ese domam. haihhhh
goli jo nak cakap nogori. aku pure johor la wehhhh. haha!

ni nak stroy pasal kucing rumah kami. si kontot.  kami ada bubuh rantai kat leher dia. kaler biru woh. kaler chelsea woh. haha! tapi, biasa la kan, haiwan pon ada nafsu. bila tiba musim mengawan, nak mengawan la. kontot jantina nya jantan. maka nya perlu lah betina sebab dia bukan gay. woot woot.

al kisah... nak kucing betina, si kontot ni ada rival wehh. berebut cinta sejati. tapi apa kan daya, si kontot tak cukup ilmu jurus silat. tu la, selalu ponteng kelas. selalu gila kontot gaduh. at the end, si kontot kalah. kaki belakang belah kiri dia injured.

along aku kata patah. peh kaw doktor veterinar keh? haha. ok fine. aku teman along bawak pergi klinik haiwan. dekat je dengan rumah kami. klinik baru buka. haiwan, bila kat tempat baru, dia takot. bila takut, nak larikan diri. hari ni si kontot, takut punya pasal, kaki yang sakit tu, terus boleh jejak tanah. saboooooo je.

tu belum kes si kontot takut naik kereta. 1st time bawa dia naik. time tu dia sakit gak. kecoh sekampung kami handle. sempat la adik aku kena cakar. aku lak siap drive dengan cuak  nya takut dia mengamuk satu kereta. lak tak masal. nasib baik harini si kontot tak berapa gegel naik kereta.

so doktor tu kata, kaki dia bengkak. doktor bagi 3injection. kuat gila meraung. pastu doktor suruh "mandul" kan dia. so dia tak la bajet hero lagi. dia suruh tinggal kan si kontot kat klinik. senang dia nak pantau. lagi 3-4 hari boleh la amek. tapi lagi 3-4 hari, aku dah pulang ke kl. maka servis bertukar tangan kat puan ummi. heheh


comeyyyyyy






ready untuk dicucuk

pasal memandul kan haiwan, pakcik aku kata, mengikut mazhab syafie, tak boleh. tapi jakim kata boleh atas sebab2 tertentu. apa apa hal, kena la tanya encik ayah.



p/s aku laparrrrr.....

Friday, September 9, 2011

it's ummi birthday!

my bff


assalamualaikum

yayyy! it's ummi birthday. dalam family, kira birthday ummi adalah penutup. alhamdulillah tahun ni dapat la peluk cium ummi time wish birthday beliau. selalu nya dapat wish guna telefon. terima kasih kementerian pengajian tinggi kerana bagi saya cuti lama-lama. ehem!

maka nya hari ni tiba-tiba aku bangun seawal 7 pagi. perghhh!! ingat senang ke orang-orang johor bahru nak tengok muka aku seawal pagi? kira leh iktiraf limied edition. haha! *dasar anak dara pemalas*

encik ayah telah mengetuk pintu bilik ku pagi tadi dan menghulurkan sejumlah wang. wang tersebut bukan untuk dijoli frog ye. tapi ayah minta tolong aku pergi kedai bunga. buat delivery untuk puan ummi.

ok. bila dapat arahan encik ayah, cerah biji mata. aku pun pergi ah kedai tu seawal jam 8.30 pagi. peh kedai bunga tak buka lagi. kena la datang pukul 10 pula. ok layan.
aku order dan pesan suruh hantar sebelum 11.30 pagi. hari ni kan hari jumaat. pukul 12 puan ummi dah balik untuk break.

masa aku ambil puan ummi pukul 12, beliau masuk kereta dengan tangan kosong. aku hanya tersenyum-senyum. dah gerak lima minit dari pejabat, kawan puan ummi call. bunga baru sampai. adoyhhhh.... lambat seminit ah kedai tu.

mmm enough for the story mory. let's do some prayer for my beloved mom.

Ya ALLAH,
ku menadah tangan dengan penuh kesyukuran kerna Kau mengurniakan seorang ummi yang telah melahirkan ku dan adik beradik ku. ummi tidak pernah jemu mengasuh, mendidik dan membesarkan kami berempat. Kau berikan lah kesihatan yang baik kepada ummi, Kau ampun kan lah dosa2 beliau. Kau berikan lah sebesar-besar ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang beliau lakukan. tidak lupa, Kau golongkan ummi dalam golongan yang Kau redhai dan tempat kan lah ummi dalam syurga Mu yang kekal abadi. Aamiin.

terima kasih ummi 4 being a great mom to us. a great wife to her husband. May ALLAH rewards your deeds and kindness to us. :)


Monday, September 5, 2011

masa berlari selaju watson nyambek

assalamualaikum.

hye mista blog!

alhamdulillah. sudah seminggu kita beraya. bermakna seminggu sudah ramadhan meninggal kan kita. semoga kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan. aamiin.

entry kali ini nak menggambarkan betapa pantas nya masa berlari. IYE! masa berlari pantas. rasa macam baru semalam aku baby. ehem. salah! rasa macam baru semalam aku tengok roomate aku shima, balik penang. rasa macam baru semalam aku hantar roomate aku, ijey dekat hentian putra. rasa macam baru semalam aku naik bas dari terminal bersepadu selatan nak balik johor bahru. peh berapa banyak rasa daa.. ehem!

dua bulan cuti. otak pun dah agak kemendapan. haha! dua bulan di rumah rasa macam dua hari..! cuba dua bulan kat hostel. peh! rasa macam dua tahun. memang..memang..

balik raya ritu, pak sedara mak sedara tok sedara macam dah berpakat. soalan cepumas mereka semua sama je.

                                                " BILA KAU HABIS BELAJAR??"

peh. penat weh nak jawab. setakat penat tu tidak la aku kisah. sebab bila bila penat, boleh la aku gagah kan diri minum sirap suam. tidak pun, pergi 7E cekau coke sebotol. ok serious merepek!

apa yang aku nak tekan kan di sini berkenaan soalan di atas, seksa tahu soalan tu. seksa sanubari. seksa jiwa. tahu? haha! bila aku jawab lagi 3 tahun. mak aih. mereka terperanjat. ditambah dengan senyuman tak berapa nak sinis. *daripada kaca mata aku la kan*.

lama kan 3tahun? lama weh. rasa macam nak ambil diploma dulu. dekat 3 tahun juga la. duhai hati. sabar hokey? ili dayana, dah rezki kaw kena pelan2 kayuh. biarlah orang lain laju mana pun. laju ka slow ka, yang penting apa diinginkan aku dapat. :)

eh. tapi jangan lupa ok title entry atas. "masa berlari selaju watson nyambek". tapi make sure laju ketika di zaman kegemilangan nya. ehem! tak pun masa ni berenang selaju renangan ian thorpe. haha!

duhai hati, tabah la di kau! duhai otak, banyak-banyak kan fikir positif, hokey? sekejap je dekat uia tu. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan2 belajar ku di uia serta urusan2 sahabat2 ku. aamiin.

oh ye, entry ni ditulis diiringi lagu-lagu dari blog ijey. pehhhh.... hehe

p/s kuala lumpur!! i'm coming...!! WRC, my baby, i miss u damn much!


pojaan hati.nak juga selit