Monday, September 5, 2011

masa berlari selaju watson nyambek

assalamualaikum.

hye mista blog!

alhamdulillah. sudah seminggu kita beraya. bermakna seminggu sudah ramadhan meninggal kan kita. semoga kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan. aamiin.

entry kali ini nak menggambarkan betapa pantas nya masa berlari. IYE! masa berlari pantas. rasa macam baru semalam aku baby. ehem. salah! rasa macam baru semalam aku tengok roomate aku shima, balik penang. rasa macam baru semalam aku hantar roomate aku, ijey dekat hentian putra. rasa macam baru semalam aku naik bas dari terminal bersepadu selatan nak balik johor bahru. peh berapa banyak rasa daa.. ehem!

dua bulan cuti. otak pun dah agak kemendapan. haha! dua bulan di rumah rasa macam dua hari..! cuba dua bulan kat hostel. peh! rasa macam dua tahun. memang..memang..

balik raya ritu, pak sedara mak sedara tok sedara macam dah berpakat. soalan cepumas mereka semua sama je.

                                                " BILA KAU HABIS BELAJAR??"

peh. penat weh nak jawab. setakat penat tu tidak la aku kisah. sebab bila bila penat, boleh la aku gagah kan diri minum sirap suam. tidak pun, pergi 7E cekau coke sebotol. ok serious merepek!

apa yang aku nak tekan kan di sini berkenaan soalan di atas, seksa tahu soalan tu. seksa sanubari. seksa jiwa. tahu? haha! bila aku jawab lagi 3 tahun. mak aih. mereka terperanjat. ditambah dengan senyuman tak berapa nak sinis. *daripada kaca mata aku la kan*.

lama kan 3tahun? lama weh. rasa macam nak ambil diploma dulu. dekat 3 tahun juga la. duhai hati. sabar hokey? ili dayana, dah rezki kaw kena pelan2 kayuh. biarlah orang lain laju mana pun. laju ka slow ka, yang penting apa diinginkan aku dapat. :)

eh. tapi jangan lupa ok title entry atas. "masa berlari selaju watson nyambek". tapi make sure laju ketika di zaman kegemilangan nya. ehem! tak pun masa ni berenang selaju renangan ian thorpe. haha!

duhai hati, tabah la di kau! duhai otak, banyak-banyak kan fikir positif, hokey? sekejap je dekat uia tu. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan2 belajar ku di uia serta urusan2 sahabat2 ku. aamiin.

oh ye, entry ni ditulis diiringi lagu-lagu dari blog ijey. pehhhh.... hehe

p/s kuala lumpur!! i'm coming...!! WRC, my baby, i miss u damn much!


pojaan hati.nak juga selit

No comments: