Friday, September 9, 2011

it's ummi birthday!

my bff


assalamualaikum

yayyy! it's ummi birthday. dalam family, kira birthday ummi adalah penutup. alhamdulillah tahun ni dapat la peluk cium ummi time wish birthday beliau. selalu nya dapat wish guna telefon. terima kasih kementerian pengajian tinggi kerana bagi saya cuti lama-lama. ehem!

maka nya hari ni tiba-tiba aku bangun seawal 7 pagi. perghhh!! ingat senang ke orang-orang johor bahru nak tengok muka aku seawal pagi? kira leh iktiraf limied edition. haha! *dasar anak dara pemalas*

encik ayah telah mengetuk pintu bilik ku pagi tadi dan menghulurkan sejumlah wang. wang tersebut bukan untuk dijoli frog ye. tapi ayah minta tolong aku pergi kedai bunga. buat delivery untuk puan ummi.

ok. bila dapat arahan encik ayah, cerah biji mata. aku pun pergi ah kedai tu seawal jam 8.30 pagi. peh kedai bunga tak buka lagi. kena la datang pukul 10 pula. ok layan.
aku order dan pesan suruh hantar sebelum 11.30 pagi. hari ni kan hari jumaat. pukul 12 puan ummi dah balik untuk break.

masa aku ambil puan ummi pukul 12, beliau masuk kereta dengan tangan kosong. aku hanya tersenyum-senyum. dah gerak lima minit dari pejabat, kawan puan ummi call. bunga baru sampai. adoyhhhh.... lambat seminit ah kedai tu.

mmm enough for the story mory. let's do some prayer for my beloved mom.

Ya ALLAH,
ku menadah tangan dengan penuh kesyukuran kerna Kau mengurniakan seorang ummi yang telah melahirkan ku dan adik beradik ku. ummi tidak pernah jemu mengasuh, mendidik dan membesarkan kami berempat. Kau berikan lah kesihatan yang baik kepada ummi, Kau ampun kan lah dosa2 beliau. Kau berikan lah sebesar-besar ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang beliau lakukan. tidak lupa, Kau golongkan ummi dalam golongan yang Kau redhai dan tempat kan lah ummi dalam syurga Mu yang kekal abadi. Aamiin.

terima kasih ummi 4 being a great mom to us. a great wife to her husband. May ALLAH rewards your deeds and kindness to us. :)


No comments: