Monday, September 5, 2011

masa berlari selaju watson nyambek

assalamualaikum.

hye mista blog!

alhamdulillah. sudah seminggu kita beraya. bermakna seminggu sudah ramadhan meninggal kan kita. semoga kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan tahun hadapan. aamiin.

entry kali ini nak menggambarkan betapa pantas nya masa berlari. IYE! masa berlari pantas. rasa macam baru semalam aku baby. ehem. salah! rasa macam baru semalam aku tengok roomate aku shima, balik penang. rasa macam baru semalam aku hantar roomate aku, ijey dekat hentian putra. rasa macam baru semalam aku naik bas dari terminal bersepadu selatan nak balik johor bahru. peh berapa banyak rasa daa.. ehem!

dua bulan cuti. otak pun dah agak kemendapan. haha! dua bulan di rumah rasa macam dua hari..! cuba dua bulan kat hostel. peh! rasa macam dua tahun. memang..memang..

balik raya ritu, pak sedara mak sedara tok sedara macam dah berpakat. soalan cepumas mereka semua sama je.

                                                " BILA KAU HABIS BELAJAR??"

peh. penat weh nak jawab. setakat penat tu tidak la aku kisah. sebab bila bila penat, boleh la aku gagah kan diri minum sirap suam. tidak pun, pergi 7E cekau coke sebotol. ok serious merepek!

apa yang aku nak tekan kan di sini berkenaan soalan di atas, seksa tahu soalan tu. seksa sanubari. seksa jiwa. tahu? haha! bila aku jawab lagi 3 tahun. mak aih. mereka terperanjat. ditambah dengan senyuman tak berapa nak sinis. *daripada kaca mata aku la kan*.

lama kan 3tahun? lama weh. rasa macam nak ambil diploma dulu. dekat 3 tahun juga la. duhai hati. sabar hokey? ili dayana, dah rezki kaw kena pelan2 kayuh. biarlah orang lain laju mana pun. laju ka slow ka, yang penting apa diinginkan aku dapat. :)

eh. tapi jangan lupa ok title entry atas. "masa berlari selaju watson nyambek". tapi make sure laju ketika di zaman kegemilangan nya. ehem! tak pun masa ni berenang selaju renangan ian thorpe. haha!

duhai hati, tabah la di kau! duhai otak, banyak-banyak kan fikir positif, hokey? sekejap je dekat uia tu. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan2 belajar ku di uia serta urusan2 sahabat2 ku. aamiin.

oh ye, entry ni ditulis diiringi lagu-lagu dari blog ijey. pehhhh.... hehe

p/s kuala lumpur!! i'm coming...!! WRC, my baby, i miss u damn much!


pojaan hati.nak juga selit

Thursday, August 25, 2011

supernova pavlova

assalamualaikum.

ehem.

kenapa pula supernova pavlova? aha. saja nak gediks. haha! aku ter sangat excited nak update blog kali ini seperti excited nya aku memasak kek pavlova petang tadi. haha! time-time cuti ni, memang ah aku jadi nocturnal. soooo tak normal sebab, malam tak tidur. then lepas subuh baru "membongkang". haha!

sangat bahagia menternak lemakss. ehem.

apa kait cerita tak tidur dengan pavlova? okeh. oleh kerna aku ni blogger tak paymes, maka nya aku suka jadi follower. asal jumpa blog yang ada content best, aku follow. soo kemaruks. haha!

maka nya, aku pun tergoda dengan kek pavlova setelah di upload kan oleh blogger ini. tengok! perghhh macam sedap gila, kan? masa tu aku malas nak layan resepi ni. sebab bahse omputih. idok le teman ghajen nak menyalin. haha!

pehtu tah macam mana jumpa pula resepi daripada blogger ini pula. maka nya sangat la suka! sebab, dia explain detail gila. serius weh. best! tapi first blogger yang aku link kan di perenggan atas pun banyak share resepi. aku pernah try beberapa resepi dari beliau. pun sedap!

aku memang sakan!

so sekitar jam 3 petang, aku mula kan operasi beli bahan kek pavlova. peh! habis rm 70. mana tak nya, harga buahan hiasan mahal.

strawberry : rm 8
blueberry : rm 13
mangga sebijik : rm 1.30

topping ; whipping cream harga nya rm 19

eh. tak cukup pun rm 70. ouh maafkan saya. aku terkira harga untuk bahan kek red velvet. hoho!

pung pang pung pang. kul 4.30 baru start. syok weh ada adik yang suka buat kek. adik ku ili farhana memang suka buat kek. jadi bab pukul-memukul bahan, kisar-mengisar, dia buat. aku yang sukat bancuhan. he.

maka nya pukul 5.10 baru la kek masuk oven. peh risau gak. sebab tak pernah try. di tambah pulak baru-baru ni, cheese kek aku failed! sekali suap je, semua orang reject. T_T


kek ketika berusia 30 minit. kembang cun jex.



aku pun bakar la mengikut arahan. satu jam! lepas sejam, aku keluar g bazar. balik2 je. tengok kek ni kempis. woi kek! kaw makan herbalife ke ape? haha!

takpe, steady. aku buka puasa macam biasa. habis je buka, dengan lincah aku mintak tolong puan ummi potong kan mangga comel-comel. aku hias kan kek lebih kurang, then ngap! semua kata sedap kecuali along aku. huh! tekak tak western sungguh. haha!

pavlova yang dihias tinggal separuh.


see.. nampak tak kek ni kempis. perh! kempis-kempis  pun  sedap u olls! haha! kan best kalau aku cam kek! masuk oven kembang, bila sejuk kempis serta merta. tak payah merengek-rengek kat encik ayah dan puan ummi minta seponser herbalife. ( sampai skang tak kesampaian) haha!

ok lah. nak turun bawah, nak g ngap pavlova. kepada yang rajin, cuba ah resepi ni. rasa dia macam marshmallow sikit. makan dengan buahan lagi sedap kek ni. masam+ manis. kalau tak mau buat buat sendiri, boleh la tempah kat aku. haha! memang tak masal!

bye!

p/s nak try red velvet plak.




   

Saturday, August 13, 2011

ramadhan 2011

assalamualaikum.

holla mista blog!

sesungguhnya sudah lama hamba tidak menari-narikan jejari yang tak runcing di keyboard untuk menaip sebuah entri. sedar tidak sedar sudah 13 hari semua umat islam menjalani ibadah puasa. alhamdulillah, tahun 2011 aku diberi hadiah oleh Allah untuk berpuasa bersama keluarga selama sebulan. selalunya half ramadhan kat tempat belajar. half baru dekat rumah. alhamdulillah.


oleh kerana terpengaruh dengan kemajuan puan ummi yang berjaya meng google resepi di internet, aku pun turut syiokkkkkk google resepi. haha!


copy resepi sangat beria. tapi baru try satu. aku baru start gear mengukus puding karamel. ini didorong setelah melihat kekerapan adik bongsu ku membeli puding karamel setiap kali singgah di bazaar ramadhan. bila sudah dapat resepi puding karamel daripada, sini aku memulakan projek tersebut.


jyeahhhhh!! hoyeahhhh!! alhamdulillah jadi. family aku kata sedap. tapi agak manis. hmmm nama pun dessert.... tapi tak mengapa, nanti aku try kurangkan kemanisan nya. maka aku pun hantar seloyang puding karamel untuk iftar di kuarters kami. selesai iftar dan terawikh, bila along bawa balik loyang, licin sudah puding itu.. hehe!


along dengan nada mengusik berkata, "jatuh biji mata aku dalam loyang bila tengok dah kosong loyang ne."



hari ini pulak, aku masak udang goreng berempah. yang penting licin gak mangkuk. kembang setaman hidung aku. tapi, puan ummi pulak mengusik, "buat sikit, memang la habis"
woahhh!! adik bongsu aku siap request, sahur nak lauk tu lagi. hahaa!




kami adik beradik tengah sakan buat kuih raya. haha!
ok la, tu je kot. bye!


Sunday, July 17, 2011

bergumbira bersama keluarga

assalamualaikum

hye blog! Sudah lama tidak membebel sesuka hati di sini. haha! tiada bahan untuk menulis?? Itu adalah fakta.

Lagi dua minggu ramdhan akan tiba. tetapi kami sudah pergi sopink2 kat Kuala Lumpur. Sopink raya. dasar melayu islam betull... Excited syawal compare ramadhan. Haha! Bukan apa, adik bongsu ku itu, bukan nya boleh ber lama-lama kalau keluar. Apatah lagi ramadhan. Bab persiapan bulan ramadhan tu, rasanya tak payah la duk pung pang pung pang. Biar antara aku dan ALLAH.

Maka nya jumaat lepas,  we headed to Kuala Lumpur. Check-in kat Dynasty Hotel. Ingin aku isytiharkan, itu adalah kunjungan kami yang terakhir. Kami dah lebih 5 kali menginap kat sana. Tapi kali ni memang palat gila. Service semakin buruk! Malas aku nak maki-maki banyak. Tidak mendatangkan hasil. Heh!

Malam nya, ayah ajak dinner kat victoria station. Tapi aku mana ah pernah jejak situ. Nasib la baik, adik aku punya henpon berguna untuk google. Rupanya,  ada seketul kat Jalan Ampang. Credit kepada encik google dan encik azizul. Hehe


Pagi sabtu, pukul 10 kami dah tiba sogo. Perh ingat dah awal. Parking kat basement 1 sudah penuh. Itu menandakan ada yang lebih awal daripada kami. haha!

Pukul 2 , kami gerak pergi muar.  Ayah ada majlis kat maahad muar! My secondary school sudah cantekkk!! woot woot. Sebelum fetch ayah after majlis, sempat la kami ber4 jenguk2 uptown muar. Sempat juga layan seafood kat sabak awor. He

ok ..... This entry is so boring... seboring tuan empunya blog. haha! Tiada gambar untuk di upload sebab dah upload kat facebook.hehe
Till then, see u later, mr blog!

p/s Selamat Berpuasa