Wednesday, February 23, 2011

tersentak

haaaaa...... dh bg link kat kak uda ttg blog aku.... Baru la aku sedar yg blog aku ne byk gle merapu nyerrrr.... Takde entri yg berilmiah  sket.... Alahai tu la akibat excited terlebihhh bile menari-nari kan jari jemari di papan kekunci... Meluahkan dan mencatat apa yg berlaku dalam hidup aku.... Blog ne cam virtual diary aku... Berlaku akibat malas nk tulis guna pen di helaian kertas dgn niat kunun-kunun nk selamat kan pokok-pokok...

ok lah....entri neh nak post beberapa ayat yg aku jumpa kt blog seorang... terima lah...


Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku 
seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

aku ingin mengingatkan diri yg serba kekurangan ini... duhai ili,baiki lah diri kamu... :)
sucikan hati dan nurani kamu.... insyaallah. :)